|
Alaf Teras ditubuhkan pada tahun 2001 selepas produk pertama e-kamus 4.01 Versi Nusantara memasuki pasaran. Setelah berjaya memasarkan sebanyak 1000 unit, e-kamus 4.02 diterbitkan dengan beberapa pembaharuan pada pertengahan tahun 2002. Sambutan yang memberansangkan dari pelbagai golongan membolehkan Alaf Teras terus membangun versi berikutnya iaitu e-kamus 5.01 dan diterbitkan pada awal tahun 2003.
Sambutan ke atas e-kamus 5.01 cukup luar biasa kerana pihak Alaf Teras terpaksa menerbitkan sebanyak 11 kali sehingga versi e-kamus 5.01.09. Pada pertengahan tahun 2004 e-kamus 5.02 dilancarkan dengan fungsi yang jauh lebih menarik berbanding e-kamus 5.01. Cetakan e-kamus 5.02 yang kini telah memasuki ke 8 kali dengan versi terkini e-kamus 5.02.09 menjadikan Alaf Teras sebagai syarikat pertama di Malaysia yang bertahan hanya dengan satu produk sahaja.
Pihak Alaf Teras terus komited untuk membangun dan memperbaiki mutu produk e-kamus setaraf dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perkomputeran masa kini. Kini, pengguna berdaftar e-kamus telah melabihi 73,000 orang. Sokongan dari anda semua amat-amat kami hargai dan kami berjanji akan terus memperbaiki mutu dan menaik taraf pelbagai fungsi bagi menjadikan e-kamus sebagai produk yang benar-benar memberi faedah buat kita semua.
|