Kelebihan e-kamus terletak pada kecepatan enjin carian mencari dengan tepat makna sesuatu perkataan. Tanpa membuang banyak masa anda boleh mendapatkan sesuatu makna kurang dari sesaat.
Text Capture dan fungsi tetingkap 'xView'
Teknologi 'Text Capture' membolehkan anda mendapatkan makna sesuatu perkataan tanpa perlu menaip pada kotak carian. Ini menjadikan e-kamus begitu efektif digunakan bersama program kegemaran anda seperti web browser, Microsoft Word dan lain-lain lagi.
Kaedah memasukkan kamus-kamus tambahan
Kamus asas yang dipasang melalui CD pemasangan hanya dihadkan kepada dua jenis sahaja atas sebab-sebab hak cipta. Dengan adanya Kamus Editor anda boleh membina fail kamus yang sumbernya boleh diambil dari pelbagai bahan rujukan. Kamus yang telah siap dibina dengan Kamus Editor boleh dimuatkan ke dalam sistem carian e-kamus. Kecepatan dan ketepatan sistem carian e-kamus akan membolehkan anda memaksimakan faedah dari kamus yang anda bina.
Penyemak ejaan bahasa Melayu dan Desktop Translator
Penyemak ejaan bahasa Melayu akan dipasang secara automatik pada Microsoft Word apabila anda mengaktifkan program e-kamus. Sebelum ini anda hanya melihat garisan ombak merah muncul setiap kali menaip perkataan bahasa Melayu pada Microsoft Word, kini tidak lagi dengan adanya penyemak ejaan bahasa Melayu. Garisan ombak merah yang muncul hanya akan menandakan kesalahan ejaan anda sama ada pada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu kerana kedua-duanya berfungsi serentak dalam satu-satu masa.
Selain daripada kamus, anda juga boleh menggunakan Desktop Translator untuk menterjemah ayat sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Program Desktop Translator bukan sahaja boleh digunakan pada mana-mana pelayar internet malah pada program seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Outlook dan lain-lain program yang membenarkan anda 'Copy' teksnya.